10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Kongsikan Artikel Ini

10-tanda-awal-menghidap-penyakit-buah-pinggang

 

Tidak ramai yang mengetahui apakah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Jom ketahui apakah tanda-tanda simptom tersebut.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain.

Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah :

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

sumber:Melayukini.net

The following two tabs change content below.
Assalamualaikum. Nama saya, Emie Johari, seorang Usahawan Internet Wanita sepenuh masa yang menjalankan beberapa perniagaan di internet, di antaranya ialah Produk Kesihatan VKen ini. Ramai yang masih belum mengetahui tentang kewujudan produk ajaib ini dan saya ingin membantu memberi penerangannya kepada mereka yang mengalami berbagai penyakit kronik di luar sana. Kita berusaha dan bertawakkal. Selamat Mencuba! :)

2 Comments


  1. adakah sakit buah pinggang juga boleh d rwt dgn menggunakan stokin vken
    mak sy ada darah tinggi kalau dah guna stokin vken ni perlu meneruskan makan ubat yg d ambil dari klinik kerajaan ke tidak?
    harap dapat balasan dr pihak puan/tuan


    1. Assalamualaikum. Terima kasih kerana bertanya Azi.. Maaf, lambat reply. Saya baru balik dari luar negeri.
      Jika sakit buah pinggang yang sudah memerlukan rawatan dialisis, stokin vken tidak dapat membantu kerana syarat memakai produk vken ialah kena minum banyak air mineral. Untuk penyakit darah tinggi, boleh pakai stokin vken. Pakai sehingga darah telah turun ke normal dahulu, baru boleh berhenti memakan ubat hospital. Boleh whatsapp saya : 010-7710949

Leave a Reply