Bagaimana Buah Pinggang Bekerja ?

Kongsikan Artikel Ini

 

buah pinggang

Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi.

Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Bagaimana Buah Pinggang Bekerja ?

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh.

Darah yang di tapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah.

Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing.

Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

buah pinggang rosak

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari.

Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan.

Ini mungkin disebabkan kekurangan air – dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

sumber

Adakah cara mudah untuk merawatnya?

Ya, kini dengan stokin Vken, boleh membantu merawatnya. Tanpa makan ubat Tanpa suntikan. Pakai saja! Klik untuk Testimoni dan Produk Vken

socks

The following two tabs change content below.
Assalamualaikum. Nama saya, Emie Johari, seorang Usahawan Internet Wanita sepenuh masa yang menjalankan beberapa perniagaan di internet, di antaranya ialah Produk Kesihatan VKen ini. Ramai yang masih belum mengetahui tentang kewujudan produk ajaib ini dan saya ingin membantu memberi penerangannya kepada mereka yang mengalami berbagai penyakit kronik di luar sana. Kita berusaha dan bertawakkal. Selamat Mencuba! :)

Leave a Reply