Benarkah Sakit Lutut Akibat Dari Kaki DiDera?

Kongsikan Artikel Ini

Anggota badan yang paling bawah sekali ialah kaki. Tanpa disedari, bahagian kaki terutamanya di bahagian lutut adalah antara anggota yang paling sering ‘didera’. Saya pernah post artikel mengenai sakit lutut ini dahulu. Kalau anda belum baca, boleh klik sini.

 

Kita menggunakan kaki sepenuhnya samada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga untuk bergaya dengan memakai kasut tumit tinggi tanpa memberi peluang kepada anggota itu untuk berehat.

sakit lutut

 

Osteoarthritis

Seringkali kita terlupa, kaki dan lutut juga perlukan penjagaan sama seperti anggota badan yang lain. Malangnya setelah berasa sakit, barulah kita mula memberikan perhatian yang kadang kala sudah terlewat akibat keadaan kaki yang sudah menjadi teruk.

Terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan pada lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik, mengatakan bahawa masalah lutut ini tidak hanya berlaku pada golongan tua sahaja.

Osteoarthritis Knee

Antara penyebab masalah pada lutut termasuklah kecederaaknee painn pada otot akibat aktiviti sukan atau kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan pada lutut. Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda.

Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang mereka yang berusia 40 an. Bagaimanapun, serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

 

sakit lutut dan sendi
sakit lutut dan sendi

Sakit lutut juga lebih banyak menyerang kaum wanita disebabkan oleh tulang punggung wanita itu lebih besar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.

Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.

Pergerakan ketika melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga akan memberi kesan jika dilakukan berpanjangan. Membongkok dan mencangkung biasanya memberikan tekanan berlebihan pada bahaian lutut.

obesiti

Selain itu, berat badan berlebihan juga menjadi penyumbang kepada sakit lutut. Ini disebabkan bahagian kaki yang terpaksa menanggung berat keseluruhan badan. Kaki pula, sebagai bahagian paling bawah, akan menerima bebanan paling maksimum.

Satu lagi masalah yang mungkin menimbulkan masalah pada lutut ialah tapak kaki samada ianya rata atau tidak berlekuk.

The following two tabs change content below.
Assalamualaikum. Nama saya, Emie Johari, seorang Usahawan Internet Wanita sepenuh masa yang menjalankan beberapa perniagaan di internet, di antaranya ialah Produk Kesihatan VKen ini. Ramai yang masih belum mengetahui tentang kewujudan produk ajaib ini dan saya ingin membantu memberi penerangannya kepada mereka yang mengalami berbagai penyakit kronik di luar sana. Kita berusaha dan bertawakkal. Selamat Mencuba! :)

Leave a Reply