FAQ – Soal Jawab Mengenai REBORN CREAM

Kongsikan Artikel Ini

FAQ

Oleh kerana masih banyak persoalan pengguna mengenai Reborn Cream ini, maka di sini saya sediakan beberapa soal jawab yang seringkali ditanyakan oleh customer.

  • Bagaimana Max3 Reborn Cream boleh mempengaruhi tubuh kita?

Bahan-bahan aktif yang terkandung dalam Max3 Reborn Cream boleh ditukarkan kepada beberapa hormon utama seperti progesteron, testosteron dan kortisol yang berfungsi bagi mengawal atur proses metabolisme dan sistem saraf. Ia berupaya melambatkan penuaan dengan menyokong fungsi biologi tubuh.

Selain itu, Max3 Reborn Cream juga membekalkan khasiat yang secukupnya kepada kelenjar-kelenjar utama seperti tiroid, adrenal, ovari dan testis supaya ia dapat berfungsi dengan sempurna. Apabila sistem hormon kembali normal, semua mekanisme tubuh akan dapat beroperasi dengan lancar.

 

  • Mengapa Max3 Reborn Cream mampu hasilkan kesan drastic dengan hanya menyapu pada kulit?

Max3 Reborn Cream yang turut mengandungi bahan yang kaya khasiat seperti pati ubi keladi liar Amerika, pati Soya, pati biji anggur (Grapeseed) and minyak Jojoba menggunakan teknik penyerapan PET(Permeation Excipient Technology) yang mampu cepat menyerap ke dalam kulit supaya dapat menghasilkan kesan menakjubkan.

 

  • Adakah Max3 Reborn Cream dikategorikan sebagai ubat?

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam Max3 Reborn Cream ialah Ekstrak Keladi Liar Amerika, Isoflavon Soya, Ekstrak Biji Anggur dan Minyak Jojoba. Kesemua bahan ini di ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan segar dan asli.

Keladi Liar Amerika telah lama digunakan sebagai herba tradisional yang penuh khasiat, sama ada dimakan atau disapu terus pada kulit. Untuk memudahkan pengguna menikmati khasiat optimum tumbuh-tumbuhan ini, kesemuanya telah digabungkan dalam Max3 Reborn Cream melalui kaedah teknologi yang canggih.

Oleh kerana Max3 Reborn Cream bertindak sebagai suplemen kesihatan yang dapat mengawal atur fungsi tubuh, kami menganggap Max3 Reborn Cream sebagai “suplemen fungsian” dan bukannya sebagai sejenis ubat.

 

  • Adakah wujud sebarang perbezaan di antara progesteron atau hormon sintetik dan Ekstrak Keladi Liar Amerika asli?

Dr. John Lee dari Fakulti Farmakologi UCLA telah memberi amaran bahawa pengambilan progesteron sintetik boleh membawa kesan sampingan yang memudaratkan kerana lazimnya struktur molekul progesteron asal telah diubah dan ini menjadikannya sukar untuk dimetabolismekan oleh tubuh manusia.

Ekstrak Keladi Liar Amerika sebaliknya pula mengandungi prekursor hormon yang akan ditukarkan kepada progesteron tulen dan hormon-hormon lain sebagaimana yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif yang memudaratkan.

 

  • Adakah saya perlu bergantung kepada Max3 Reborn Cream untuk sepanjang hayat? Jika saya berhenti menggunakan krim ini untuk seketika, adakah kulit atau sistem mekanisme tubuh saya akan menjadi semakin teruk berbanding sebelumnya?

Max3 Reborn Cream diklasifikasikan sebagai “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh”. Siapakah yang perlu menjalani terapi hormon? Ia diperlukan oleh mereka yang menghadapi masalah hormon yang tidak mencukupi dalam tubuh.

Tahap hormon yang rendah akan mempercepatkan proses penuaan dan Max3 Reborn Cream terbukti berkesan untuk mengatasi masalah ini. Penuaan adalah proses yang berterusan; Max3 Reborn Cream digunakan khusus untuk melambatkan penuaan.

Oleh yang demikian, sekiranya seseorang berhenti menggunakan krim ini, proses penuaan semula jadi akan kembali bermula tetapi lazimnya dengan kadar yang lebih cepat.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream mengakibatkan kebergantungan dan menghentikan atau memperlahankan fungsi mekanisme tubuh yang asal?

Max3 Reborn Cream tidak sekali-kali akan mengambil alih mana-mana fungsi kelenjar tubuh. Sebaliknya, ia menyuburkan dan mencergaskan kelenjar-kelenjar ini. Ia menjadi sumber bahan mentah yang amat diperlukan oleh kelenjar supaya ia mampu menghasilkan hormon-hormon penting semula.

Masalah kebergantungan tidak pernah timbul kerana Max3 Reborn Cream bertindak mengaktifkan semula organ dan bukannya menghalang fungsi organ-organ tersebut.

 

  • Hormon tidak boleh diambil sewenang-wenangnya kerana ia boleh sebabkan kanser?

Ada pelbagai jenis hormon. Misalnya hormone wanita Estrogen mempunyai risiko penyebab kanser kerana ia menstimulasi pertumbuhan selular; oleh itu perlu berhati-hati apabila menggunakan nya.

Max3 Reborn Cream menyediakan bahan semulajadi untuk ditukar kepada Progesteron yang mempunyai khasiat sel seimbang dan dapat menghalang risiko kanser oleh estrogen. Progesteron ialah hormon “baik” kerana ia bukan karsinogen.

 

  • Bukankah pengambilan hormon memerlukan preskripsi doktor? Bagaimana ia boleh diperoleh dengan begitu mudah?

Max3 Reborn Cream bukan mengandungi hormon sebenar, sebaliknya ia kaya dengan bahan-bahan mentah khusus untuk menghasilkan hormon. Apabila Max3 Reborn Cream disapu pada kulit, bahan-bahan mentah ini akan diserap dengan mudah oleh tubuh untuk disintesiskan menjadi hormon tulen.

Ia boleh diumpamakan seperti karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kita tidak membeli karbohidrat tulen untuk dimakan, sebaliknya kita mengambil makanan kerana makanan tersebut akan ditukarkan menjadi karbohidrat oleh proses semula jadi tubuh.

Oleh kerana Max3 Reborn Cream cuma menyediakan bahan-bahan mentah bagi pembentukan hormon dan bukannya membekalkan hormon tulen secara langsung, ia tidak memerlukan preskripsi doktor.

 

  • Adakah ianya sama dengan krim yang saya peroleh dari hospital?

Krim yang diberi oleh pihak hospital tergolong dalam jenis hormon sintetik. Struktur kimianya sudah diubah, maka ia tidak boleh dianggap hormon semula jadi walaupun ia mungkin menghasilkan kesan yang sama terhadap tubuh kita.

Sejak tahun 1960-an, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa hormon sintetik boleh meninggikan lagi risiko kanser. Keberkesanan setiap hormon sintetik adalah berbeza antara satu sama lain dan anda mungkin terdedah kepada kesan-kesan sampingan yang memudaratkan.

Max3 Reborn Cream membekalkan bahan-bahan mentah bagi pembentukan hormon dan ia juga mampu menyuburkan kelenjar endokrin. Krim istimewa ini dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan hormonnya sendiri mengikut kuantiti yang ia perlukan. “Terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” sememangnya amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita.

 

  • Bolehkah saya menggunakan Max3 Reborn Cream ketika saya sedang mengambil ubat untuk merawat tekanan darah tinggi?

Krim ini boleh digunakan mengikut dos dan cara pengambilan yang telah ditetapkan. Pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi lazimnya memiliki kandungan lemak dalam darah yang terlalu tinggi hingga menyebabkan saluran darah mengeras dan tekanan darah meningkat.

Kebanyakan ubat untuk tekanan darah tinggi bertindak dengan mengembangkan saluran darah atau berfungsi sebagai agen diuretik. Max3 Reborn Cream membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon – ia meningkatkan tahap progesteron yang bertindak sebagai agen diuretik bagi mengawal tekanan darah.

Selain itu, progesteron boleh mengawal atur kandungan lemak darah, meningkatkan keanjalan saluran darah dan mencegah pengerasan arteri. Gabungan krim ini dan rawatan sedia ada pastinya merupakan pilihan yang sungguh tepat!

 

  • Dapatkah Max3 Reborn Cream mengurangkan masalah rambut gugur?

Bila usia bertambah, rahim menjadi makin lemah dan penghasilan progesterone berkurangan. Apabila ovari hentikan penghasilan progesterone, kelenjar suprarenal memikul tugas baru menghasilkan hormon wanita.

Dalam proses tanggungjawab tersebut, kelenjar turut hasilkan androgen (hormon lelaki pada wanita) yang mengakibatkan lebih rambut di wajah dan tubuh manakala rambut di kepala makin menipis.

Apabila tubuh dapat bekalan progesteron yang cukup, cortex adrenal di kelenjar supraneral tidak lagi perlu hasilkan progesteron tambahan untuk gantian, itu bermakna androgen akan di kurangkan. Progesteron juga dikenalpasti mempunyai kesan anti-depressi oleh itu ia mampu kurangkan tekanan jiwa yang berkaitan rapi dengan pernipisan rambut di kepala.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream membantu menyelesaikan masalah bulu roma berlebihan?

Androgen atau hormon lelaki yang dirembeskan oleh ovari dan kelenjar suprarenal berfungsi merangsang pertumbuhan bulu roma pada wanita. Sekiranya tahap testosteron terlalu tinggi, bulu roma berlebihan akan tumbuh pada bibir, dagu, bahu dan paha dan ini pasti menyebabkan wanita itu terasa tertekan.

Terapi progesteron merupakan kaedah rawatan yang lazim digunakan kerana ia boleh menyekat proses penghasilan hormon lelaki secara tidak langsung. Max3 Reborn Cream membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon, oleh itu, ia adalah sumber semula jadi terbaik untuk progesteron dan sangat sesuai digunakan bagi mengatasi masalah pertumbuhan bulu roma berlebihan pada wanita.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream mampu membantu luka, kesan melecet dan kesakitan otot?

Max3 Reborn Cream boleh mengurangkan luka, kulit merekah, lebam dan alah kulit. Ia juga boleh diguna untuk merawat ulser kulit. Apabila disapu pada otot yang sakit, ramai yang menyatakan rasa lega. Kadangkala, krim ini turut digunakan oleh pemilik binatang perliharaan ke atas haiwan tersebut untuk merawat luka serta ulser.

 

  • Mampukah Max3 Reborn Cream merawat gout?

Max3 Reborn Cream adalah penjagaan kesihatan tambahan, bukannya ubat. Ianya bukan untuk merawat penyakit. Gout disebabkan oleh metabolisma yang lemah, bukan dicetus oleh hormon.

Walaubagaimanapun, Max3 Reborn Cream membantu rembesan kelenjar yang menormalkan metabolisma, kekerapan gout boleh dikurangkan. Tambahan pula, kortisol yang diubah dari Max3 Reborn Cream dapat mengurangkan keradangan dan kesakitan, maka kesan gout akan berkurangan.

 

  • Tangan dan jari saya membengkak dan kebas. Saya tak mampu menggenggam tangan, maka bolehkah pengunaan Max3 Reborn Cream membantu?

Dari statistik yang direkod, ramai penghidap lelaki dan perempuan mengalami pengurangan kesakitan dan bengkak selepas 5 hari penggunaan berterusan. Kekebasan tangan juga dikurangkan.

 

  • Selepas menyapu Max3 Reborn Cream sebelum tidur , saya alami kesukaran untuk tidur?

Dengan menormalkan tahap hormon, kualiti tidur yang nyenyak dapat dicapai. Adalah disarankan untuk menyapu krim sekurang-kurangnya 4 atau 5 jam sebelum tidur kerana Max3 Reborn Cream bertindak pantas ke dalam system hormon dan memberi tenaga pada tubuh. Maka, jika anda mengalami masalah untuk tidur selepas menyapu krim, cuba sapukan pada waktu lebih awal seperti saranan di atas.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream membantu mengurangkan berat badan?

Jika pengumpulan lemak terjadi akibat ketidakseimbangan endokrin atau proses metabolisme yang terganggu, Max3 Reborn Cream boleh membantu menormalkan semula rembesan hormon dan mempercepatkan metabolisme; penahanan air dalam tubuh akan berkurangan supaya berat badan semakin turun.

Dengan diet yang sempurna, senaman fizikal yang sesuai atau urutan yang membantu membakar lemak berlebihan, usaha pengurangan berat badan pasti akan tercapai dengan lebih mudah.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream digunakan oleh lelaki?

Ya, lelaki juga boleh menggunakan Max3 Reborn Cream. Ia merupakan sumber bahan-bahan mentah utama yang seterusnya akan diproses menjadi hormon lelaki oleh tubuh manusia. Untuk lelaki yang sudah berusia, krim ini sangat berkesan bagi menyihatkan kulit, mengurangkan tetua dan juga mencegah osteoporosis.

 

  • Adakah sifat lelaki akan bertukar menjadi kewanitaan selepas menggunakan Max3 Reborn Cream?

Tidak sekali-kali. Bahan utama yang terkandung dalam Max3 Reborn Cream ialah Keladi Liar Amerika yang boleh diambil dengan selamat oleh lelaki dan juga wanita. Ia merupakan prekursor hormon yang berfungsi bagi membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon.

Bahan aktif ini akan ditukar menjadi progesteron bagi wanita dan testosteron bagi lelaki. Keladi Liar Amerika amat berkhasiat untuk menyuburkan tiroid, kelenjar adrenal dan testis serta melancarkan mekanisme tubuh.

Oleh itu, sekiranya seseorang lelaki menggunakan MAX3 Reborn Cream, sifatnya tidak akan berubah menjadi kewanitaan. Sebaliknya, sifat kelelakiannya akan semakin terserlah.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream meningkatkan keinginan seks?

Ya, jika digunakan dengan sewajarnya. Namun begitu, Max3 Reborn Cream bukanlah dikategorikan sebagai afrodisiak. Keinginan seks lazimnya berkait rapat dengan keadaan psikologi dan fisiologi tubuh.

Max3 Reborn Cream berfungsi untuk mengawal atur dan melancarkan sistem tubuh agar sistem fisiologi tubuh kembali normal dan apabila ini tercapai, keinginan seks mungkin akan menjadi bertambah kuat.

 

  • Anak gadis saya sedang memasuki peringkat baligh. Dia cepat marah dan mudah gelisah. Tingkah lakunya kian buruk dan keputusan peperiksaannya juga semakin merosot. Bagaimanakah saya boleh membantunya?

Tahap progesteron tubuh mungkin berkurangan terutamanya pada satu atau dua tahun menjelang baligh. Tahap kalsium yang rendah pula menyebabkan ramai gadis mengalami masalah kemurungan, ketidakseimbangan emosi, sering meragam, mengingini makanan manis dan suka memberontak.

Jika tahap progesteron asli tubuh boleh ditingkatkan ketika gadis mencapai baligh, semua masalah di atas mungkin tidak akan timbul. Max3 Reborn Cream merupakan kaedah terbaik untuk “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh”.

Penggunaan krim ini secara berterusan daripada baligh hingga dewasa boleh merangsang pertumbuhan yang sihat dan mengurangkan ketidakselesaan akibat PMS.

 

  • Adakah pengambilan ekstrak plasenta lebih bermanfaat untuk saya?

Ekstrak plasenta diambil daripada uri haiwan dan mengandungi pelbagai jenis bahan bioaktif. Manfaat penggunaannya sukar untuk ditentukan. Plasenta haiwan juga mungkin mengandungi virus (seperti AIDS, Hepatitis B) dan proses penghasilannya sering terdedah kepada pelbagai kontaminasi.

Faktor-faktor ini perlu dipertimbangkan sebelum anda memulakan sebarang bentuk rawatan berunsurkan ekstrak plasenta haiwan. Sebaliknya, Max3 Reborn Cream adalah “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” dan tidak akan menimbulkan masalah seperti di atas kerana ia diekstrak sepenuhnya daripada tumbuh-tumbuhan.

Anda juga harus ingat bahawa progesteron yang terkandung dalam ekstrak plasenta haiwan ini boleh dimusnahkan oleh asid perut dan apabila ini terjadi, keberkesanannya akan terhapus sama sekali.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream digunakan semasa haid?

Ya, ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja tanpa had.

“Boleh diteruskan kecuali bagi mereka yang mengalami ketidakselesaan yang teruk! Gunakan sepanjang masa

Sebagai suplemen:1 sudu setiap kali
Untuk rawatan: 2 sudu setiap kali
(sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam)

Cara penggunaan ini sama sahaja bagi wanita normal dan juga wanita yang sudah menopaus.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream membantu mengurangkan senggugut?

Senggugut dan ketidakselesaan haid mungkin terjadi akibat pengalihan endometrium, pengecutan otot-otot rahim yang terlampau kuat, ketidakseimbangan estrogen atau progesteron, rembesan prostaglandin yang berlebihan dan sebagainya.

Apabila prekursor hormon yang terkandung dalam Max3 Reborn Cream ditukarkan kepada progesteron, pengecutan otot rahim akan mula berkurangan dan sel-sel endometrium tidak lagi tertanggal dalam ketulan yang besar supaya kesakitan tidak lagi dirasai.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream melegakan simtom PMS?

Jangkamasa antara 48 jam sebelum ovulasi dan 24 jam selepas haid, proses ketidakstabilan hormon, terutama progesteron, bolih menyebabkan tubuh tidak selesa. Biasanya dikenali sebagai PMS (Pre Menstrual Syndrome) iaitu sindrom sebelum haid.

Sakit kepala, degupan jantung, peluh dingin, payudara sensitif merupakan simtom simtom yang disebabkan oleh kekurangan hormon progesteron.

Bila seseorang menyapu Max3 Reborn Cream pada dada, bahagian bawah abdomen, bahagian dalam atas lengan dan paha yang mana krim akan diserap pantas lalu ditukar kepada progesteron sebagai gantian, maka kesemua rasa tidak selesa pun lenyap.

 

  • Mengapa sesetengah wanita mengalami senggugut yang terlalu teruk sehingga mereka terpaksa berbaring sepanjang hari?

Sesetengah wanita mungkin mengalami PMS yang teruk sejak kali pertama mereka didatangi haid. Ia lazimnya terjadi disebabkan tahap kortisol yang rendah. Kortisol ialah hormon yang diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan radangan.

Max3 Reborn Cream mengandungi prekursor hormon yang akan ditukarkan kepada progesteron bagi merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak kortisol bagi mengurangkan rasa sakit.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream digunakan oleh wanita yang mengalami endometriosis?

Endometriosis terjadi apabila kepingan kecil tisu endometrium terbenam dan tumbuh di bahagian luar rahim. Tisu-tisu ini dikenali sebagai endometrioma dan kerap dikesan di bahagian bawah pusat, pelvis, tangan, paru-paru dan juga buah pinggang.

Di bawah pengaruh hormon wanita, endometrioma ini akan melalui proses kitaran haid yang sama seperti endometrium normal. Malangnya, pendarahan kecil yang berlaku di luar rahim tidak dapat disalurkan keluar – ia akan berkumpul dan membentuk sista.

Terapi progesteron lazimnya terbukti berkesan untuk merawat masalah ini. Max3 Reborn Cream juga boleh membantu kerana ia mengandungi bahan-bahan mentah yang penting untuk penghasilan hormon progesteron bagi mengatasi masalah ini.

 

  • Saya sering mengingini makanan manis sejurus sebelum haid saya bermula. Apakah yang harus saya lakukan?

Apabila kelenjar adrenal dan kelenjar lain mengalami stres, pankreas juga tidak terkecuali. Dalam keadaan ini, pankreas akan merembeskan lebih banyak jus untuk membantu kelenjar adrenal dan kelenjar-kelenjar lain.

Akibatnya, glukosa akan dimetabolismekan dengan lebih banyak dan inilah yang akan mencetuskan keinginan anda terhadap makanan manis. Max3 Reborn Cream adalah “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” yang mampu mengurangkan rasa lapar. Penggunaan berterusan pasti akan dapat membantu mengatasi masalah anda ini.

 

  • Apa jadi jika haid terhenti atau tersekat untuk jangkamasa tertentu?

Wanita yang mengalami haid yang terhenti atau tidak normal akan dapati penggunaan Max3 Reborn Cream banyak faedahnya. Selepas diguna beberapa bulan, majoriti wanita mengalami kitaran haid yang normal. (Diet juga turut memainkan peranan penting)

 

  • Adakah Max3 Reborn Cream berkesan untuk simtom selepas menopause?

Wanita dari tahun 60an dan 80an akan mengalami kekeringan kulit, kedutan di muka dan tangan, saluran darah serta bintik coklat akan timbul pada kulit.

Max3 Reborn Cream mampu menghasilkan pemulihan menakjubkan pada kulit selepas beberapa minggu, walaupun ada yang memerlukan lebih masa (beberapa bulan). Kesan ketara seperti lenyapnya bintik coklat (tompok usia) serta rerambut di belakang tangan.

 

  • Mengapa kulit saya menjadi bertambah hitam selepas menyapu Max3 Reborn Cream?Berapa lama masa diambil untuk merawat pigmentasi? Bagaimana harus saya gunakan krim?

Apabila usia mencecah setengah abad, sistem hormon dalaman kita mula lembab oleh itu ia menjadi tidak seimbang. Apabila melanin kulit tidak dimetaboliskan dengan cukup pantas, pigmentasi atau ‘tompok usia’ mula terhasil di permukaan kulit.

Apabila anda mengguna Max3 Reborn Cream untuk perbetulkan keadaan, system tubuh anda akan menyahkan melanin berlebihan melalui kulit, mengakibatkan kulit anda tampak lebih gelap pada peringkat permulaan.

Apabila keseimbangan metabolisma melanin dipulihkan dan setelah lapisan kulit kasar dibuang, kulit anda akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Proses ini lazimnya mengambil masa 120 hari. Untuk mendapat kulit yang lebih sihat dan berseri, amat perlu menggunakan produk berdasarkan arahan penggunaan.

 

  • Anak saya pendek, mampukah Max3 Reborn Cream membantu?

Max3 Reborn Cream boleh membawa kesan positive dalam penggalakkan rembesan hormon pertumbuhan di dalam tubuh. Walaubagaimanapun, individu berlainan mempunyai tahap pertumbuhan yang berbeza, oleh itu kesan pertumbuhan adalah subjektif.

 

  • Bolehkah terapi progesteron berkesan untuk merawat osteoporosis?

Kebanyakan pakar perubatan akan memberitahu wanita menopaus bahawa osteoporosis adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, Dr. John Lee M.D. berpendapat sebaliknya.

Sepanjang penyelidikan dan pemerhatian selama bertahun-tahun lamanya, beliau telah berjaya merawat 100 wanita menopaus hanya dengan menggunakan Ekstrak Keladi Liar Amerika, bahan utama yang terkandung dalam Max3 Reborn Cream.

Kebanyakan pesakit beliau menghadapi masalah pengurangan ketinggian tubuh (salah satu simptom osteoporosis) dan ramai juga yang mengalami patah atau keretakan tulang lebih daripada sekali.

Kajian menunjukkan bahawa progesteron yang dijanakan oleh “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” ini berjaya menambahkan ketumpatan tulang sebanyak 10% sepanjang 6~12 bulan pertama terapi. Peningkatan tahunan sebanyak 3~5% boleh dilihat dalam tahun-tahun berikutnya sehinggalah tahap ketumpatan tulang yang bersamaan dengan seseorang yang baru berusia 35 tahun dicapai.

Kesan pemulihan ini boleh dilihat dengan lebih ketara dalam kes-kes yang serius. Sepanjang penyelidikan, tiada sebarang laporan mengenai patah tulang akibat osteoporosis diterima daripada kumpulan subjek tersebut.

Berbekalkan bertahun-tahun pengalaman, Dr. John Lee M.D. telah membuktikan bahawa osteoporosis bukan sahaja boleh dielakkan, malah ia juga dapat dirawat. Program rawatan yang dipelopori beliau telah berjaya meningkatkan ketumpatan kalsium dalam vertebra, femur, humerus dan tulang rusuk.

Dr. John Lee juga telah menunjukkan bahawa terapi progesteron tulen sememangnya berkesan walaupun seseorang wanita sudah lama menopaus. Antara subjek dalam kumpulan kajian beliau ialah seorang wanita berusia 82 tahun yang berjaya menambahkan 40% ketumpatan tulang selepas menjalankan rawatan selama 4 tahun.

Lebih mengagumkan, tiada seorang pun daripada 100 subjek kajian ini mengalami sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.

Berdasarkan kajian di atas, kesimpulan boleh dibuat bahawa osteoporosis bukan terjadi akibat penuaan, sebaliknya, ia berpunca daripada ketidakseimbangan hormon.

Penggunaan Ekstrak Keladi Liar Amerika untuk membekalkan bahan-bahan mentah bagi menghasilkan hormon-hormon utama seperti progesteron dan estrogen, pengambilan diet yang seimbang dan senaman yang sesuai pasti berkesan untuk mengawal kemaraan osteoporosis.

 

  • Untuk mengatasi masalah osteoporosis, seseorang harus mengambil lebih banyak kalsium bersama vitamin D atau makanan berasid bagi membantu penyerapan kalsium. Perlukah saya menggunakan Max3 Reborn Cream juga?

Pencegahan osteoporosis bergantung kepada penyerapan kalsium dan bukannya kuantiti kalsium yang diambil. Vitamin D dan makanan berasid dapat membantu saluran pencernaan menyerap kalsium tetapi ia tidak menjamin bahawa kalsium dalam darah akan berjaya ditukarkan menjadi tulang.

Tahap kalsium darah yang tinggi pula mungkin mengakibatkan pembentukan batu karang. Kaedah terbaik untuk meningkatkan ketumpatan tulang adalah melalui kaedah pemprosesan kalsium oleh aktiviti biologi tubuh yang dirangsang oleh progesteron.

Max3 Reborn Cream adalah “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” yang berupaya membantu tubuh untuk menghasikan progesteron bagi mengawal ketumpatan tulang daripada merosot. Penggunaan Max3 Reborn Cream boleh digabungkan bersama pengambilan vitamin D atau makanan berasid untuk memperoleh hasil yang lebih baik.

 

  • Sebab apakah perubahan kitaran haid selepas menggunakan Max3 Reborn Cream?

Tindakan terapi progesteron tergantung dengan keadaan fungsi biologi tubuh manusia. Setiap individu mempunyai perbezaan kitaran hormon, kitaran haid mungkin alami perubahan pada tahap permulaan terapi hormon. Keadaan normal akan kembali selepas seketika.

 

  • Adakah Max3 Reborn Cream disyorkan semasa hamil?

Dalam bukunya, Dr. Ndes Laree M.D. dari Pusat Perubatan Sinai, New York, menyatakan bahawa penggunaan progesteron tulen tidak menjejaskan perkembangan fetus, namun progesteron sintetik mungkin menimbulkan kesan sampingan yang berbahaya!

Dr. Lanteren juga mendapati bahawa ibu-ibu yang menerima “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” lazimnya akan melahirkan anak-anak yang normal dan lebih sihat.

Dalam satu kajiannya, Dr. Dalton telah membuat perbandingan di antara sekumpulan 90 wanita hamil yang menerima “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” ini dengan kumpulan kawalan yang tidak menerima terapi tersebut.

Beliau mendapati bahawa kebanyakan bayi yang dilahirkan dan disusui oleh ibu-ibu yang menerima terapi semasa 6 bulan pertama kehamilan akan mula berdiri dan berjalan menjelang usia setahun.

Pada usia 9-10 tahun, kanak-kanak ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak lain daripada segi penguasaan bahasa, matematik, perbendaharaan kata dan juga aktiviti fizikal. Selain itu, tiada seorang pun ahli kumpulan rawatan mengalami sebarang komplikasi ketika hamil dan semasa proses kelahiran bayi.

Berdasarkan fakta di atas, Max3 Reborn Cream amat disyorkan untuk kegunaan wanita hamil. Penggunaan krim ini dengan banyak pada dada, abdomen bawah, bahagian lengan dan paha di sebelah dalam pastinya akan memanfaatkan ibu dan bayi yang akan dilahirkan kelak.

 

  • Apakah kaitan tahap penyerapan dengan kuantiti penggunaan Max3 Reborn Cream dalam kes wanita yang telah menopaus?

Semakin cepat tahap penyerapan, semakin banyak kuantiti progesteron asli diperlukan. Jika krim diserap dalam masa kurang daripada 2 minit, ini menunjukkan lebih kuantiti perlu diguna. Tempuh 5 minit lazim dijadikan sebagai tauladan. Anda boleh mencapai tahap tersebut selepas 2 hingga 4 hari penggunaan.

 

  • Apa sebab lenyapnya Kandidiasis selepas mengguna Max3 Reborn Cream?

Max3 Reborn Cream dapat menaikkan tahap fungsi hormon, menguatkan lapisan dalaman vagina serta mengukuhkan tahap rintangan pertumbuhan bakteria seperti Kandida.

 

  • Saya sedang mengambil pil perancang. Adakah saya masih boleh menggunakan Max3 Reborn Cream?

Kebanyakan pil perancang mengandungi progesteron sintetik yang mempunyai pelbagai kesan sampingan. Untuk Max3 Reborn Cream, kami menyarankan agar anda berhenti menggunakannya ketika ovulasi dan haid.

Pada waktu-waktu lain, anda boleh terus menggunakan krim yang mengandungi bahan-bahan mentah penting ini untuk merangsang tubuh menghasilkan hormonnya sendiri. Oleh itu, ia sememangnya berbeza dengan hormon sintetik yang perlu diambil secara oral atau yang disapu terus pada kulit.

Max3 Reborn Cream juga boleh menyekat kesan sampingan yang memudaratkan hasil penggunaan progesteron sintetik.

 

  • Haruskah saya mengguna Max3 Reborn Cream selepas pembedahan uterus atau ovari?

Ramai wanita mengadakan pembedahan uterus atau ovari sebelum menopaus. Mereka mungkin mengalami ‘hot flush’ (rasa panas mendadak) sekali sekala. Dari laporan dikumpul, sapuan Max3 Reborn Cream sekali di waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur dapat membantu mengatasi simtom ‘hot-flush’.

Dalam masa sejam selepas alami ‘hot-flush’, sapukanlah krim sebanyak 4 kali dan teruskan sehingga ‘hot flush’ ini berkurangan atau terus terhenti. Kebanyakan wanita yang menggunakan kaedah ini mengalami kelegaan sepenuhnya selepas tempuh 3~8 minggu. Tahap keberkesanan ini berbeza antara individu.

Namun kulit anda akan menjadi lebih lembut, lebih berseri, pengurangan kedutan serta tompokan usia selepas mengguna Max3 Reborn Cream untuk jangkamasa tertentu.

 

  • Apakah yang dimaksudkan dengan istilah “prekursor”?

Bahan aktif utama yang terkandung dalam Max3 Reborn Cream ialah Keladi Liar Amerika yang boleh diserap melalui kulit dan ditukarkan menjadi hormon-hormon penting oleh tubuh.

Hormon yang seterusnya dihasilkan akan dirembeskan melalui kelenjar endokrin untuk mengawal atur pelbagai fungsi tubuh secara automatik dan semula jadi. Oleh itu, krim ini dianggap sebagai bahan mentah bagi penghasilan hormon semula jadi tubuh dan “prekursor”, dalam konteks ini, bermaksud bahan mentah.

 

  • Bagaimana Max3 Reborn Cream berupaya membekalkan bahan-bahan mentah bagi penghasilan hormon?

Keberkesanan Max3 Reborn Cream bergantung kepada salah satu bahan aktif utamanya iaitu Keladi Liar Amerika, spesis yang terdiri daripada 700 jenis yang boleh didapati di seluruh dunia dan mempunyai struktur molekul yang sama seperti hormon manusia.

Ia mengandungi lebih 50 prekursor hormon yang, apabila diserap, boleh ditukarkan menjadi hormon tulen yang diperlukan oleh tubuh manusia.

 

  • Apakah perbezaan di antara “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” ini dengan hormon yang diekstrak daripada haiwan dan tumbuhan mahupun hormon sintetik?

Hormon berasaskan haiwan, tumbuhan atau bahan kimia tidak boleh ditukar ganti dengan hormon semula jadi dalam tubuh dan hanya boleh meniru kesan yang sama. Selain itu, apabila hormon asing dipaksa ke dalam sistem tubuh, tubuh mungkin akan mentafsirkannya sebagai situasi ‘terlebih bekalan’ dan seterusnya bertindak balas dengan mengurangkan penghasilan hormon semula jadi.

Sistem endokrin tubuh akan terganggu secara perlahan-lahan dan sekiranya bekalan hormon asing ini dihentikan, proses penuaan akan mara dengan kadar yang lebih cepat.

Namun begitu, sekiranya tubuh diberi bahan mentah yang mencukupi untuk menghasilkan hormon bagi memenuhi keperluan dirinya sendiri, ia bukan sahaja dapat merangsang keseimbangan hormon tubuh, malah, fungsi endokrin juga akan menjadi semakin lancar. Keseluruhan proses ini dijamin selamat kerana ianya berlaku dengan teratur dan secara semula jadi!

 

  • Bolehkah lemak pada wajah dikurangkan, keanjalan payudara bertambah dan bentuk punggung menjadi menawan dengan hanya satu botol Max3 Reborn Cream?

Boleh, kerana hormon berkait rapat dengan kelahiran, tumbesaran, perkembangan dan penuaan seseorang manusia. Pada peringkat tumbesaran (terutamanya bagi wanita), bentuk tubuh akan menjadi semakin ketara dan kulit kelihatan cantik dan berseri hasil peningkatan tahap hormon di dalam tubuh.

Setelah hormon mencapai kemuncaknya, ia akan kembali turun dan ini akan mencetuskan penuaan! Max3 Reborn Cream bertindak sebagai sumber bahan mentah bagi meningkatkan semula tahap hormon yang semakin kurang ini untuk mengatasi tanda-tanda penuaan dan mengekalkan fungsi tubuh yang lancar!

 

  • Max3 Reborn Cream boleh menganjalkan payudara dan melangsingkan tubuh. Jika disapu terus pada payudara, adakah bahagian ini akan mengecil?

Anda harus faham bahawa hormon bertindak secara dalaman dan setiap kelenjar mempunyai fungsi yang unik. Itulah sebabnya semasa baligh, buah dada seseorang gadis akan terbentuk dengan baik tetapi pinggangnya akan mengecil.

Atas sebab yang sama, seseorang budak lelaki tidak akan membesar menjadi wanita! Tubuh kita memiliki struktur unik dengan keupayaan untuk mencapai keseimbangan secara bebas dan juga dengan bergantung antara satu sama lain.

Hormon akan mempengaruhi tubuh secara keseluruhan dan bukannya pada luaran sahaja. Oleh itu, masalah yang anda bimbangi ini tidak akan timbul.

 

  • Apakah faktor-faktor yang menyumbang terhadap keberkesanan Max3 Reborn Cream dalam mengembalikan semula keremajaan dengan begitu cepat?

(1) Max3 Reborn Cream mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Keladi Liar Amerika yang memiliki struktur molekul yang sama seperti molekul hormon manusia. Ia merupakan prekursor lebih 50 jenis hormon yang boleh ditukarkan menjadi hormon asli yang diperlukan oleh tubuh.

(2) Max3 Reborn Cream juga mengandungi satu lagi bahan penting iaitu Ektrak Biji Anggur yang sangat handal menentang radikal bebas kerana ia memiliki 18 kali ganda Vitamin C dan 50 kali ganda Vitamin E berbanding ekstrak lain. Ia juga berupaya melancarkan pengaliran darah bagi mempercepatkan penyerapan bahan-bahan aktif

(3) Max3 Reborn Cream menggunakan kaedah PET (Permeation Excipient Technology), sistem transmisi nanoteknologi terkini, sebagai medium pengangkutannya. Inilah faktor-faktor yang menjadikan Max3 Reborn Cream begitu efektif.

 

  • Mengapa sesetengah pengguna tidak memperoleh kesan yang ketara manakala pengguna yang lain pula mungkin menunjukkan tindak balas pada peringkat permulaan sahaja?

Usaha menterbalikkan penuaan seharusnya melibatkan proses penyuburan jangka panjang bagi mengekalkan keremajaan untuk tempoh yang lebih lama. Jika tubuh sudahpun berada dalam keadaan sihat dan stabil, anda mungkin tidak akan dapat melihat sebarang perubahan yang ketara.

 

  • Jika “krisis pemulihan” berlaku hanya pada bahagian tertentu tubuh, adakah ia bermakna bahawa bahagian tersebut tidak sihat?

Ya, tubuh kita mempunyai pelbagai kaedah dan saluran yang sesuai untuk mengumuhkan toksin. Lazimnya, proses ini melibatkan bahagian tubuh yang paling bermasalah dan yang amat memerlukan perhatian.

 

  • Jika seseorang pengguna mengalami sakit-sakit otot dan sendi, adakah dia akan sembuh serta-merta? Berapa lamakah masa yang diambil untuk melihat kesannya? Adakah ia dijamin berkesan? Berapa hari?

Tidak ada jaminan. Hormon bertindak secara keseluruhan dan rawatan ini bukanlah tertumpu pada satu-satu bahagian yang terhad. Ia bergantung pada tahap kesihatan individu pada waktu penggunaan. Anda boleh menggunakan krim ini dengan lebih kerap supaya anda dapat melihat kesannya dengan lebih cepat.

 

  • Bolehkah Max3 Reborn Cream merawat apa jua jenis penyakit atau perlu digunakan bersama terapi sedia ada?

Max3 Reborn Cream ialah produk kesihatan untuk kegunaan luaran bagi merangsang keupayaan tubuh untuk memulihkan dirinya. Sekiranya rawatan perubatan diperlukan, kami amat mengesyorkan agar anda mendapat nasihat pakar perubatan.

 

  • Adakah Max3 Reborn Cream dikategorikan sebagai steroid?

Max3 Reborn Cream sama sekali tidak mengandungi sebarang steroid. Kami juga mempunyai pelbagai laporan kajian bagi membuktikan ia tidak mengandungi apa jua jenis hormon. Oleh itu, ia sememangnya amat selamat untuk digunakan.

 

  • Jika saya hanya menyapu Max3 Reborn Cream pada kulit tanpa melakukan urutan, adakah hasilnya akan berbeza?

Urutan lazimnya dianggap sebagai salah satu cara untuk melegakan otot-otot yang tegang dan sakit-sakit badan. Ia menggalakkan penyerapan krim dan merupakan salah satu bentuk bantuan dari luar. Max3 Reborn Cream boleh mengawal atur dan menormalkan kembali rembesan kelenjar yang bertindak dari dalam tubuh.

Apabila kedua-dua bentuk bantuan ini digabungkan, kesannya akan kelihatan lebih ketara. Sekiranya krim disapu tanpa sebarang urutan, bahan-bahan aktif akan tetap diserap oleh tubuh. Jika bahan aktif produk ini diserap, maka sudah pasti anda akan dapat melihat hasilnya.

 

  • Adakah Max3 Reborn Cream mempunyai sebarang kesan sampingan? Adakah ia akan berinteraksi dengan ubat-ubatan lain?

Meenurut Dr. Dalton dan melalui pelbagai kajian serta penerbitan pakar perubatan yang lain, hormone-hormon sintetik dan semula jadi mungkin akan mencetuskan pendarahan yang mempunyai ciri seperti haid biasa.

Walau bagaimanapun, hanya beberapa orang sahaja yang akan mengalami masalah ini jika hormon semula jadi terus diambil untuk tempoh yang panjang. Pendarahan seperti haid ini lazimnya berlaku semasa kitaran haid pertama dan kedua selepas produk mula diambil; kitaran haid ke-3 hingga ke-5 akan menjadi bertambah stabil dan pendarahan ini lazimnya tidak lagi dialami selepas itu.

Sehingga kini, tiada lagi laporan yang diterima tentang penyakit kanser yang tercetus akibat penggunaan terapi hormon tulen. Namun begitu, terdapat beberapa laporan perubatan yang mencadangkan penggunaan “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” untuk merawat kanser rahim. Max3 Reborn Cream terbukti tidak berinteraksi secara negatif dengan ubat-ubatan lain.

 

  • Walaupun menggunakan Max3 Reborn Cream, saya masih mengalami senggugut sepanjang dua hari pertama haid. Apakah yang harus saya lakukan?

Jika anda meneruskan penggunaan krim ini, sakit senggugut lazimnya akan berkurangan dan tidak lagi dialami selepas 3 hingga 4 kitaran haid. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda supaya menggunakan krim ini dengan lebih kerap dan dalam kuantiti yang lebih banyak supaya masalah anda akan selesai dengan lebih cepat.

 

  • Bolehkah ibu-ibu menyusu menggunakan Max3 Reborn Cream?

Kami tidak menggalakkan ibu-ibu untuk menggunakan Max3 Reborn Cream semasa menyusukan bayinya kerana bahan-bahan mentah dalam Max3 Reborn Cream mungkin akan diserap masuk ke dalam susu ibu dan dihisap oleh bayinya yang masih terlalu muda untuk meneutralkan bahan ini.

The following two tabs change content below.
Assalamualaikum. Nama saya, Emie Johari, seorang Usahawan Internet Wanita sepenuh masa yang menjalankan beberapa perniagaan di internet, di antaranya ialah Produk Kesihatan VKen ini. Ramai yang masih belum mengetahui tentang kewujudan produk ajaib ini dan saya ingin membantu memberi penerangannya kepada mereka yang mengalami berbagai penyakit kronik di luar sana. Kita berusaha dan bertawakkal. Selamat Mencuba! :)

Leave a Reply