Bagaimana Penyakit Migrain Terjadi

Kongsikan Artikel Ini

 

Bagaimana Penyakit Migrain Terjadi
Bagaimana Penyakit Migrain Terjadi

Migrain juga dikenali sebagai ‘Hemikrania’, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai Vascular Headache.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

 

Bagaimana Migrain Berlaku
Bagaimana Migrain Berlaku

 

Bagaimana Migrain Berlaku ?

Sakit pening migrain berlaku adalah disebabkan oleh pengembangan pada saluran darah yang menyebabkan pengeluaran beberapa komponen kimia pada sistem saraf yang melingkari salur-salur darah di bahagian otak.

Pengembangan salur-salur darah ini akan memberikan ‘pressure’ kepada saraf yang mengelilinginya. Ini akan menyebabkan radang, kesakitan dan seterusnya mengembangkan lagi salur darah tersebut.

Peningkatan saiz saluran-saluran darah ini akan meningkatkan lagi tahap kesakitan seseorang pesakit.

Ada beberapa jenis migrain
Ada beberapa jenis migrain

 

Jenis-Jenis Migrain Yang Utama :

1 – Classic Migraine

Terdapat lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami sakit migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 – 15 minit.

Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut:

Terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap(slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, maka migrain pun mula menyerang.

Aura yang dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghadkan penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor.

Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf iaitu satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

2 – Common Migraine

Ianya terjadi tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain, lebih biasa terjadi.

 

Bagaimana Migrain Ini Terjadi ?

Migrain ini berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi).

Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah.

Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga menyebabkan pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain.

 

Migrain
Migrain

 

Apa Penyebabnya ?

1. Keturunan :

Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

 

2. Pemakanan:

Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain.

Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin
menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh
menyebabkan terjadinya migrain.

Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain.

Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

 

3. Hormon

Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun:

Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid.

Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy)
yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

 

4. Cara hidup:

Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau
terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

Pemakanan yang tidak teratur (lihat di atas).

Pengambilan ubat.

Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh
menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan
herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.

Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

 

Penyebab-penyebab lain :

Perubahan cuaca.

Cuaca terang matahari atau lampu.

Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.

Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.

Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.

Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih
kerap berbanding lelaki).

Merokok.

Tanda-tanda Migrain
Tanda-tanda Migrain

 

Antara Tanda-Tanda Mengalami Migrain :

  • Visualisasi
    Sesetengah orang yang sensitif mengalami visualisasi /pancaran cahaya seperti lampu berkedip, bintik-bintik, atau berbentuk garis yang kadang membuatkan seseorang itu mengalami sakit kepala atau pitam.

 

  • Perubahan Mood
    Perubahan mood seperti tertekan, rasa sangat marah dan gelisah adalah salah satu tanda migrain. Menurut kajian, beberapa pesakit migrain akan merasa sangat tertekan atau tiba-tiba murung tanpa alasan. Beberapa kajian turut menyatakan ada kemungkinan bahawa hubungan genetik berkait rapat dengan depresi dan migrain.

 

  • Tidak tidur nyenyak
    Letih selepas bangun tidur atau mengalami kesukaran untuk tidur adalah masalah umum penghidap migrain. Penghidap migrain akan mengalami kesukaran untuk tidur apabila migrain mula menyerang.

 

  • Hidung tersumbat atau mata berair
    Penghidap migrain juga memiliki gejala sinus, seperti hidung tersumbat, kelopak mata murung, atau berair. Menurut kajian, hampir 90% dari mereka yang menghidap migrain mengalami masalah sinus (resdung).

 

hmmm… anda nak tak merawat migrain ni dengan cara mudah?

Kini ada cara rawatan penyakit migrain yang paling mudah !

Dahulunya, sebelum produk Cap vken atau pun Sarung Kepala ini dikeluarkan, pesakit hanya menggunakan stokin vken untuk merawat sakit migrain ini.

Rohaya

Testimoni dari Puan Rohaya :

“Migrain saya sudah banyak berkurangan sekarang. Dulu sakit 5 kali seminggu, kini 1 kali dalam sebulan!”

Kini, telah ada Cap atau Sarung Kepala. Sarungkan aje di kepala anda dan minum air mineral sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Mudahkan?

Cap

.

Anda ingin mendapatkannya?

tempah

The following two tabs change content below.
Assalamualaikum. Nama saya, Emie Johari, seorang Usahawan Internet Wanita sepenuh masa yang menjalankan beberapa perniagaan di internet, di antaranya ialah Produk Kesihatan VKen ini. Ramai yang masih belum mengetahui tentang kewujudan produk ajaib ini dan saya ingin membantu memberi penerangannya kepada mereka yang mengalami berbagai penyakit kronik di luar sana. Kita berusaha dan bertawakkal. Selamat Mencuba! :)

Leave a Reply