Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi

Kongsikan Artikel Ini

Salam sejahtera…

Pernahkah anda terlihat seseorang yang mempunyai bintik-bintik seperti ini di wajah mereka? Jika anda hendak tahu, ketulan kecil atau bintik putih seperti di bawah ini di kawasan bawah mata anda, adalah bermakna mereka telah pun ada kolesterol yang tinggi!

kolesterol

Apakah tanda-tandanya pengidap kolestrol tinggi?

  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?

Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?

Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul.

Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya.

Hargailah ia sebelum terlambat!

 

sumber

The following two tabs change content below.
Assalamualaikum. Nama saya, Emie Johari, seorang Usahawan Internet Wanita sepenuh masa yang menjalankan beberapa perniagaan di internet, di antaranya ialah Produk Kesihatan VKen ini. Ramai yang masih belum mengetahui tentang kewujudan produk ajaib ini dan saya ingin membantu memberi penerangannya kepada mereka yang mengalami berbagai penyakit kronik di luar sana. Kita berusaha dan bertawakkal. Selamat Mencuba! :)

Leave a Reply